Organisasi

Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuwan (SRITI) ditadbir oleh pemegang saham yang terdiri daripada beberapa ahli-ahli Ikatan Ilmuwan. Para pemegang saham akan memilih tujuh orang daripada mereka untuk di lantik sebagai Lembaga Pengarah (Board of Director) yang mewakili empat skop bidang kuasa iaitu;

  • Kurikulum & Silibus
  • Pentadbiran & Kewangan
  • Pembangunan & Kemudahan
  • Sumber Manusia

Pemegang saham, melalui Lembaga Pengarah berhak menentukan dasar dan halatuju sekolah, mengambilkira pandangan dari pihak guru-guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG).

Manakala Guru besar, guru-guru serta pentadbir bertanggungjawab memastikan dasar pengurusan sekolah adalah selari dengan apa yang telah diputuskan oleh ahli lembaga pengarah.

Akhir sekali pihak PIBG bertindak sebagai pemantau perkembangan sekolah dan pelajar. Senarai ahli Lembaga Pengarah Sekolah Islam Tahfiz Ilmuwan adalah seperti berikut;

Pengerusi:
[1] Prof. Madya Dr. Nordin Jamaluddin

Ahli Lembaga Pengarah:
[2] Prof. Madya Dr. Mohd Fuad Salleh
[3] Dato’ Dr. Abdul Halim Tamuri
(Ketua Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Tahfiz Selangor)
[4] Prof. Dr. Mohamad Khazani Abdullah
[5] Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh
[6] Dr. Ahmad Ashrif A Bakar
[7] En. Romli Mohamed

Guru SRITI

Guru Besar

Muallim Ismail Alias

Guru-guru SRITI