Kurikulum

Kurikulum

Kurikulum kami menggunakan sistem pendidikan berasaskan atribut pelajar atau Attribute Based Education (ABE), di mana penekanan diberikan kpd penghasilan atribut – sifat dan ciri yang diperolehi pelajar dan bukan penekanan kpd peperiksaan semata-mata.

Prinsip asas pembangunan kurikulum

  • žDi peringkat paling rendah, penekanan menumpukan kpd Afektif (emosi/rohani) dan Psikomotor (fizikal), dan kurang kpd Cognitif (Akal/kefahaman)
  • Dengan itu penekanan awal adalah kpd Tahfiz (hafazan tanpa faham- Psikomotor), Aqidah (menanam perasaan takut/kasih kpd Allah, takut dosa/neraka-ingin pahala/syurga, munkar-nakir – Afektif), Ibadah khususiah (pelaksanaan tanpa faham – Psikomotor ), Bahasa Komunikasi (lebih bercakap dan kurang nahu – Psikomotor) dan Syakhsiah (Afektif)
  • Dari segi bahasa, penekanan kepada pertuturan lebih dari tatabahsa dan penulisan. Di peringkat sek rendah, penulisan hanya utk B.Melayu dan Inggeris sahaja. Utk B.Arab, penulisan ditekankan di peringkat sekolah menengah.

Pembahagian Kurikulum
Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah* berasaskan  LAPAN elemen berikut;

1.  Tahfiz
2.  Al Quran & Hadith
3.  Ibadah Khususiah
4.  Aqidah
5.  Bahasa dan Komunikasi
6.  Syakhsiah/Jatidiri
7.  Sains dan Matematik
8.  Muamalat dan Sosial

* Mengambil kira unsur Aqal (kognitif), Fizikal (psikomotor) dan Jiwa (afektif)

ELEMEN KURSUS/SUBJEK/ISU
Tahfiz Qiraah, Murajaah, Tasmik
Al Quran dan Hadith Bacaan, Tajwid, Tarannum, Hafazan Hadith, Tafsir
Aqidah Tasawwur Aqidah, Rukun-rukun Iman, Syahadah, Asmaul Husna, Perbandingan Agama
Ibadah Khususiah Tasawwur Ibadah, Taharah, Solat, Puasa, Haji, Zakat, Fiqh Keutamaan, Usul Fiqh
Bahasa dan Komunikasi B.Melayu, B.Arab, B.Inggeris, B.Tambahan, Membaca dan Menulis, Karangan, Ucapan, Pembentangan, Kemahiran Teknologi ICT, Dakwah
Syakhsiyah dan Jatidiri Tasawur Tasauf/Ihsan, Mahmudah-Mazmumah, Keyakinan Diri, Kemahiran Hidup, World-view, Peranan dan Tanggungjawab, Kekemasan Diri, Adab/etiquete, Pemikiran Terbuka, Sikap positif, Forgive and Forget, Proaktif, Kreatif dan Inovatif
Sains dan Matematik Tasawur Sains dan Matematik, Nombor, Mengira, Alam dan Sains, Kaedah Saintifik, Sutainability, Biologi, Fizik, Kejuruteraan-Teknologi, Perubatan
Muamalat dan Sosial Seerah, Sejarah, Politik, Alam Sekitar, Kesihatan, Sosiologi, Psikologi, Ekonomi, Perniagaan, Kewangan, Pengurusan dan Pentadbiran, Munakahat dan Kekeluargaan, Perundangan/Jinayaat

Pembelajaran Bahasa

Penekanan kepada komunikasi lebih dari tatabahasa secara intensif lebih dari berjadual waktu biasa. Masa yang diperuntukkan dipindahkan kepada kem intensif bahasa. Pelajar akan mempraktikkan dan bertutur dalam bahasa tersebut di sepanjang mereka berada di kem.

  • žBagi Tahun 4-6, pelajar menggunakan B.Arab (dan Inggeris) sehari seminggu. Hari-hari lain, boleh menggunakan B.Melayu atau Arab atau Inggeris
  • ž Bagi Tahun 4-6, peratus pembelajaran dalam B.Arab dan B.Inggeris ditingkatkan
  • žSatu bahasa tambahan seperti Mandarin diajar diperingkat sekolah menengah

Ko-kurikulum

  • žWAJIB: PAKAIAN SERAGAM KADET AMAL (satu jam, setiap dua minggu – hujung minggu)ž
  • PILIHAN AKTIVITI SENI PERTAHANAN DIRI (QI GONG) ATAU RENANG

dua jam sekali setiap bulan – hujung minggu

Aktiviti hujung minggu

  • KEM INTENSIF TAHFIZ (KIT)
  • KEM INTENSIF BAHASA ARAB (KIBA)
  • KEM INTENSIF BAHASA INGGERIS (KIBI)
  • JASMANI
  • KO-KURIKULUM – KADET AMAL (KOKA)
  • KO-KURIKULUM – QI GONG/ BERENANG (KOQI/KORE)

Pengiraan mengikut slot masa

JUMLAH JAM PENGAJIAN:  6 JAM SEHARI

  • SESI PAGI : 4 JAM
  • SESI PTG : 2 JAM KECUALI JUMAAT SESI PTG : 1 JAM 30 MINIT
  • JUMLAH JAM SEMINGGU: 29 JAM 30 MINIT
  • 5% = 1 JAM 28 MINIT  = 3 SLOT MASA
  • 30% = 8 JAM 51 MINIT = 17 SLOT MASA

Jadual waktu

  • 8:00am – tiba di sekolah
  • 10:00am – minum pagi
  • 10:30am – sambung pembelajaran
  • 12:45pm – REHAT/Zuhur/makan tengahari/tidur 15 minit (qailulah)
  • 2:00pm – sambung pembelajaran
  • 4:00pm – REHAT/Asar/Tugasan
  • 5:00pm – pulang

Sasaran Hafazan SRITI

Sasaran Hafazan SMITI