Kelebihan

[1] Kurikulum bersepadu Tahfiz, Deeniyah dan Akademik

[2] Penekanan kepada Tahfiz secara keseluruhan. Sekurang-kurangnya 10 juzuk al-Quran dan 20 potong hadith apabila tamat Tahun 6

[3] Penekanan kepada Aqidah Asas, Ibadah Khususiah dan Syakhsiah (jatidiri) pelajar di peringkat awal (penekanan kpd unsur Afektif dan Psikomotor di peringkat awal – Tahap 1 (Tahun 1-3)

[4] Penekanan kepada Bahasa dan Komunikasi di peringkat pertengahan -Tahap 2 (Tahun 4-6)

[5] Penekanan kepada Akademik di peringkat tinggi – Tahap 3 (Tingkatan 1-3)

[6] Pembelajaran bahasa menggunakan kaedah intensif dengan menekankan bahasa perbualan (komunikasi).  Kaedah mata pelajaran bahasa secara konvensional diminimakan

[7] Penyampaian mengikut Kaedah KAFFAH yang mengintegrasikan kesemua eleman di atas.  Contoh;  Aqidah dan ibadah dalam matematik, Sains dalam Ibadah,  Akhlak dalam Sains, Syakhsiah dalam Bahasa Melayu dan Inggeris

[8] Tiada pakaian seragam khusus bagi mengurangkan beban serta kos ibubapa, sekaligus meningkatkan jatidiri pelajar supaya sentiasa berpakaian kemas di dalam mahupun di luar sekolah.  Vest khas sekolah dipakai disepanjang masa di sekolah bagi memberi  identiti sekolah.

[9] Buku teks dan alatulis disediakan di sekolah bagi mengurangkan beban pelajar serta ibubapa

[10] Menyediakan kemudahan sistem pembelajaran on-line letzhop

[11] Sistem penilaian pelajar secara berterusan menggunakan kaedah Attribute Based Education (ABE) di samping peperiksaan kebangsaan (UPSR, PMR, SPM)

[12] Yuran yang sangat berpatutan – jumlah bayaran keseluruhan terendah dikalangan sekolah swasta seumpamanya

[13] Naungan Ikatan Ilmuwan Nasional, sebuah NGO yang menggabungkan tenaga akademik serta professional Islam

[14] Panel Penasihat Tahfiz dan Akademik di kalangan para Hafiz serta pakar-pakar pendidikan

[15] Ahli lembaga pengarah yang komited di kalangan Ulama’, Saintis dan Profesional.