MAKLUMAN KEM MUSLIM SUCCESS 2011 (KEMAS `11)

Ibu Bapa/Penjaga

SRI Tahfiz Ilmuwan

Tuan/Puan,

Assalamualaikum w.b.t

MAKLUMAN KEM MUSLIM SUCCESS 2011 (KEMAS `11)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.          Untuk makluman, Kem Muslim Success 2011 (KEMAS `11) ini akan melibatkan pelajar tahun 3, 4, 5  dan 6. Berikut adalah butiran berkaitan dengan kem ini:

Tarikh    : 2 Jun 2011 (Khamis) dan 3 Jun 2011 (Jumaat).

Masa       : 8.00 am (2 Jun) – 9.00 am (3 Jun)

Tempat : Putrajaya dan SRITI.

Yuran   : RM 40.00 sahaja.

3.          Justeru itu, kem ini adalah diwajibkan kepada pelajar terbabit. Ibu bapa dikehendaki menunjukkan surat kepada pihak sekolah bagi ketidakhadiran anak tuan/puan ke kem ini.

4.         Sehubungan dengan itu, di sini dilampirkan borang kebenaran ibu bapa yang mesti diisi dan dihantar kepada pihak sekolah sebelum atau pada 27 Jun 2011 untuk memudahkan sebarang pengurusan dan dilampirkan juga disini pengisian sepanjang program untuk makluman tuan/puan.

5.  Besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan membenarkan anak tuan/puan menyertai kem ini.

Segala perhatian dan kerjasama yang dihulurkan didahului dengan Jazakumullah Khairal Jaza’.

Sekian, wassalamualaikum wbt.

Lampiran:

Pengisian Program:

Di Putrajaya:

  • Ice breaking.
  • Sarapan Pagi.
  • Solat Dhuha.
  • Slot 1: PROGRAM MINDA.
  • Makan Tengah Hari.
  • Solat Zohor.
  • Explorace secara berbasikal.
  • BBQ.
  • Solat Asar.
  • Lawatan ke Masjid Besi (solat tahiyatul masjid).

Di SRITI:

  • Solat Maghrib.
  • Makan Malam.
  • Solat Isyak.
  • Slot 2: PROGRAM MINDA.
  • Qiamullail/Solat Subuh/Ma’thurat.
  • Hemat Diri/Sarapan
  • Majlis Penyampaian Hadiah.

Keperluan yang perlu dibawa oleh pelajar:

  • Pakaian solat
  • Baju sukan – 2 pasang
  • Baju tidur – 1 pasang
  • Baju harian – 2 pasang

Senarai guru-guru yang boleh dihubungi:

  • Ust Shukri: 013-2506071
  • Ust Rodzi: 013-5043203
  • Ust Fairus:013-6604511
  • Ustzh Mariam: 019-2542342
  • Ustzh Zahariah: 019-3718905
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s