Kemudahan

[1] Lokasi – Kedudukan sekolah di pusat Bandar Baru Bangi. Pihak SRITI menyewa 3 aras di  bangunan Kompleks Diamond bagi kemudahan pembelajaran dan pengajaran.

[2] Bilik Darjah – Lapan bilik darjah. Kesemuanya terletak di tingkat 2 dan 3.

 Penggunaan BukTeks Sekolah

  • Buku teks adalah secara gunasama
  • Buku teks ditinggalkan di sekolah
  • Buku teks dikongsi oleh para pelajar dalam tempoh tersebut
  • Buku latihan diguna oleh pelajar secara peribadiAlatulis Pelajar: Bermula Segera

Alatulis Pelajar

  • Pensel, pembaris, pemadam, penajam, dan pensel warna disediakan oleh pihak sekolah, dan ditinggalkan di sekolah
  • Pelajar tidak perlu membawa alatulis ke sekolah kecuali yang selain dari di atas, bila diperlukan

[3] Bilik Komputer – Untuk tujuan pembelajaran interaktif (Pakej Letzhop) dan kemahiran komputer

Sedikit info mengenai Letzhop;

The concept of LetzHop.com is to provide a formal and informal learning platform for children to gain knowledge and have fun at the same time.

[4] Bilik Sains & Inovasi – Terletak di tingkat 2. Mempunyai kemudahan komputer, mikroskop dan scientist kit yang berkaitan dengan aplikasi sains yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar.

[5] Dewan Serbaguna – Terletak di tingkat 1 bangunan. Dewan ini mampu memuatkan  400 pelajar. Digunakan sebagai tempat perhimpunan, ko-kurikulum, surau lelaki dan tempat ibubapa menunggu.

[6] Kantin – Terletak bersebelahan Dewan Serbaguna. Menyediakan pelajar makan dan minum 3 kali sehari (5 kali utk pelajar berasrama)

[7] Permainan – Pihak SRITI menyediakan meja ping-pong, congkak dan karom bagi kegiatan rekreasi pelajar.

[8] Pentadbiran Sekolah – Pejabat SRITI berada di tingkat 2, menyediakan kemudahan asas seperti tempat menunggu ibubapa, bilik mesyuarat, bilik guru besar, ruang guru lelaki dan perempuan.