Pengenalan

SRITI

Sekolah Rendah Integrasi Ilmuwan ditubuhkan pada 1 Ogos 2010 bersamaan 21 Sya’aban 1431, hasil dari inisiatif pihak Ikatan Ilmuwan Nasional (ILMUWAN) untuk mewujudkan suatu sistem persekolahan yang bersepadu diantara akademik dan agama yang akhirnya mampu melahirkan insan yangcemerlang dalam menghayati cara hidup Islam yang sempurna. Sekolah Islam di bawah naungan ILMUWAN ini terdiri daripada dua peringkat persekolahan, iaitu Sekolah Rendah (SRITI) dan Sekolah Menengah (SMITI). Buat masa ini, pengambilan baru hanya dibuka pada pelajar yang akan memasuki persekolahan diperingkat sekolah rendah sahaja (SRITI).

Moto

Membina Generasi Al-Quran

Falsafah
Membina Kecemerlangan Insan Bertunjangkan Kesempurnaan Cara Hidup Islam

Visi
Melahirkan para remaja dan belia generasi baru yang berpendidikan secara integrasi berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadith mencangkupi elemen mental, rohani dan
jasmani.

Misi
[1] Membina dan menyediakan kurikulum  serta kaedah penyampaian yang bersepadu serta praktikal.
[2] Membina dan menyediakan kaedah pembelajaran dan penilaian berasaskan atribut pelajar, bukan lagi berasaskan keputusan peperiksaan semata-mata.
[3] Menyediakan para guru dan pengurusan sekolah yang komited dan cekap.
[4] Menyediakan prasarana serta suasana pembelajaran yang kondusif